Kerajaan Negeri Melaka    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

SOALAN - SOALAN LAZIM

1. ADAKAH SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN UNTUK MEMBUAT ADUAN?

Tiada/ percuma

2. ADAKAH SISTEM PENGURUSAN E-ADUAN NEGERI MELAKA MASIH DIGUNAKAN?

Sistem aduan tersebut telah dihentikan operasi sebaik sahaja Sistem Pengurusan Aduan Awam / Agensi Negeri Melaka (SISPAA) digunapakai bermula pada 1 April 2014.

3. SIAPAKAH YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM PENGURUSAN ADUAN NEGERI MELAKA?

Unit Aduan dan Perhubungan Awam, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Ketua Menteri Melaka adalah bertanggungjawab dalam pengurusan aduan Negeri Melaka.

4. ADAKAH SEMUA ADUAN BOLEH DIRUJUK KEPADA UNIT ADUAN?

Ya, KECUALI aduan ;

  1. Terhadap dasar kerajaan
  2. Perkara-perkara yang di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kira-Kira Awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  3. Biro Bantuan Guaman
  4. Kes-kes jenayah.

5. APA BERLAKU KEPADA ADUAN SAYA?

  1. Unit Aduan akan menghantar Maklumbalas Penerimaan kepada pengadu
  2. Memberi maklum balas kepada pengadu setelah mengetahui status aduan
  3. Aduan yang melibatkan kepentingan awam akan dibawa ke mesyuarat

6. APA YANG SAYA BOLEH ADU KE UNIT ADUAN?

Semua aduan yang berkaitan dengan penyampaian perkhidmatan Jabatan/ Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

7. APAKAH JENIS ADUAN TERSEBUT YANG BOLEH DITERIMA OLEH UNIT ADUAN?

    a. Aduan mengenai kelewatan/tiada tindakan
    b.
Tindakan tidak adil
    c.
Kekurangan kemudahan awam
    d.
Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan
    e.
Salah laku anggota awam
    f. 
Kegagalan mengikut prosedur
    g.
Kegagalan penguatkuasaan
    h.
Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan

8. BAGAIMANA CARA MEMBUAT ADUAN?

   a.Melalui telefon
   b.
Melalui surat
   c.
Faks
   d.
Laman web Portal (Sistem Aduan)
   e.Hadir sendiri ke kaunter aduan di agensi/jabatan dibawah Kerajaan Negeri.
   f.facebook Kerajaan Negeri Melaka
   g.facebook YAB Ketua Menteri Melaka

9. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT ADUAN BAGI PIHAK ORANG LAIN?

Boleh, dengan izin pengadu.

10. BOLEHKAH SAYA MENGEMUKAKAN ADUAN TANPA MEMBERI NAMA?

Tidak boleh, hanya aduan daripada maklumat yang sahih sahaja yang akan diproses.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader